Adakah mencatat perbelanjaan bulanan itu penting? Jawapan mungkin ya atau mungkin tidak. Tetapi sebenarnya, kita perlu merancang perbelanjaan bulanan secara terperinci bagi mengelakkan "overspend" berlaku. Manusia membeli bukan menggunakan logik akal tetapi menggunakan emosi lebih-lebih lagi bila terdapat promosi yang ditawarkan. Kita berkemungkinan membuat pembelian yang tidak perlu (baca: mengikut kemahuan) bukan mengikut keperluan sendiri. Setiap bulan sebelum menerima upah (baca:gaji) kita perlu merangka perbelanjaan bagi mengenalpasti segala komitmen bulanan dapat dijelaskan dengan baik. Simpanan juga perlu dikelaskan sebagai salah satu priority (keutamaan) Simpan dulu sebelum belanja perlulah dijadikan sebagai salah satu pegangan. Mungkin kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku, tapi sekiranya kita bersedia untuk segala kemungkinan bukankah itu lebih baik dari menyerah kepada takdir semata-mata. Sekian sedikit perkongsian saya hari n...