Adakah mencatat perbelanjaan bulanan itu penting?
Jawapan mungkin ya atau
mungkin tidak.
Tetapi sebenarnya, kita perlu merancang perbelanjaan bulanan
secara terperinci bagi mengelakkan "overspend" berlaku. Manusia membeli bukan
menggunakan logik akal tetapi menggunakan emosi lebih-lebih lagi bila terdapat
promosi yang ditawarkan. Kita berkemungkinan membuat pembelian yang tidak perlu
(baca: mengikut kemahuan) bukan mengikut keperluan sendiri.
Setiap bulan sebelum
menerima upah (baca:gaji) kita perlu merangka perbelanjaan bagi mengenalpasti
segala komitmen bulanan dapat dijelaskan dengan baik. Simpanan juga perlu
dikelaskan sebagai salah satu priority (keutamaan) Simpan dulu sebelum belanja
perlulah dijadikan sebagai salah satu pegangan.
Mungkin kita tidak dapat
menjangkakan apa yang akan berlaku, tapi sekiranya kita bersedia untuk segala
kemungkinan bukankah itu lebih baik dari menyerah kepada takdir semata-mata.
Sekian sedikit perkongsian saya hari ni. Semoga sentiasa memberi manfaat sedikit
sebanyak. Dan semoga anda semua mendapat redha Allah s.w.t
Comments
Post a Comment