Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Simpan! Simpan! Dan Simpan!

Assalamualaikum w.b.t. Simpan Wang? Apa yang terlintas difikiran kita dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan kita untuk kegunaan pada masa hadapan? Simpan wang hasil dari pendapatan merupakan satu aspek yang penting untuk kelangsungan hidup pada masa depan. Pakar kewangan mengesyorkan supaya kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan sedia ada dan berapa ramai dikalangan kita mampu melakukannya? Sekiranya gaji atau pendapatan bulanan anda RM4000. 10% dari gaji anda adalah RM400. Dan dimana harus anda menyimpan wang anda ? Terdapat banyak alternatif untuk menyimpan wang anda. Anda boleh menyimpan wang anda di ASB,Tabung Haji dan mana-mana unit amanah yang diiktiraf. Dan pastikan anda konsisten menyimpan! :) Semoga bertemu lagi! Image: Google; saving money

Kewangan dan kita

Kewangan merupakan salah satu aspek penting dalam kehidupan. Mengapa kewangan penting? Mari kita sama-sama fikirkan dan kaji bersama. :) Semua diantara kita menggunakan wang setiap hari tak kira dimana kita berada,berapa umur kita dan untuk apa jua tujuan sekalipun. Setuju? Tetapi sedarkah kita bahawa kita tidak diberi apa-apa ilmu mengenai pengurusan kewangan sejak kita kecil (baca : sekolah) . Bagaimana kita boleh menggunakan wang sedangkan kita tidak mempunyai ilmu mengenainya. Kita menggunakan wang mengikut pemerhatian orang disekeliling kita dan beruntunglah kita sekiranya kita dikelilingi ahli keluarga yang celik kewangan dan sahabat handai yang sama-sama dengan kita menambah ilmu pengurusan kewangan dan berbelanja dengan berhemah. Bukankah begitu? Menguruskan kewangan sebenarnya berkisarkan ilmu serta kemahiran menguruskan emosi berbelanja. Ramai yang gagal menguruskan emosi bila berdepan dengan wang biarpun mereka berilmu dan ramai juga yang berpendapatan tinggi tapi tiada ...

Membuka Akaun Emas dengan Public Gold.

Gold Accumulation Program. Gold Accumulation Program merupakan satu program menyimpan emas secara sedikit demi sedikit sesuai dengan matlamat kewangan seseorang individu. Sama seperti akaun di bank bezanya hanya 💯 jaminan emas fizikal dari Public Gold. Menarikkan? Apa langkah pertama yang perlu diambil untuk membuka akaun emas dengan Public Gold. 1. Rujuk harga emas pergram semasa Public Gold . Harga emas pergram Public Gold berubah setiap hari pada pukul 12 tengah malam.Boleh layari laman web Public Gold di www.publicgold.com.my untuk menyemak harga. Contoh harga emas pada 1 Oktober 2017 Harga pergram emas Public Gold berubah dalam tempoh 24jam mengikut harga emas dunia. 2.Bank in amount yang anda inginkan contohnya sekiranya anda ingin bermula dengan 1gram emas anda perlu bank in RM189 pada tarikh tersebut.   Akaun GAP Public Gold : 5571-3923-8048 (Maybank) Whatapss kepada saya [ 013-4243027] Noorzaida Md Noor (PG041119) Authorised Dealer Public Gold. Nama: Number tele...

Positif !

Bagaimana untuk hidup dalam keadaan positif dan sentiasa menjadi positif dalam semua hal . Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin berkongsi bagaimana saya bersikap positif dengan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan. Saya mengakui yang saya juga menjalani kehidupan seperti orang lain dimana saya masih bergantung dengan jadual kerja setiap hari dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang dalam kehidupan saya. Saya bukanlah seorang yang terlalu positif pada asalnya tetapi saya banyak belajar bagaimana untuk fokus kepada apa yang saya inginkan, persekitaran yang bagaimana saya inginkan dan bagaimana saya menjalani kehidupan saya. Semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita boleh dipilih. Contohnya : pakaian apa yang kita nak pakai, dimana kita nak tinggal dan dengan siapa kita nak lunch hari ni. Eh? Hahaha. Itu contoh, hidup ini adalah berkisarkan tentang pilihan. Jadi, kehidupan yang positif pun pilihan samada anda percaya atau tidak itulah hakikatnya. :) Apa yang perlu anda la...

Simpan dan lupakan.

Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin berkongsi motivasi menyimpan duit dan bagaimana saya melakukannya. Saya merupakan seorang pekerja makan gaji yang telah bekerja sejak tahun 2011 setelah tamat pengajian. Seperti orang lain perasaan teruja pertama kali memperolehi wang hasil titik peluh sendiri merupakan perkara yang sangat dinantikan :) Bila seseorang seperti saya yang tidak mempunyai asas menguruskan wang mestilah saya menggunakan wang tersembut mengikut emosi saya sahaja. Saya belanja wang yang saya perolehi dari bekerja tanpa ilmu dan pengetahuan :( :( Pengalaman tidak tahu pengurusan wang bukan pengalaman yang manis tapi sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu dari pengalaman saya. Dari pengalaman saya belajar ,dari pembacaan anda boleh menjimatkan masa dari mengulangi kesilapan saya. :) Dengan izin Allah s.w.t. Saya cuba untuk menambah pendapatan tetapi apa yang berhasil adalah perkara yang sama. Makin banyak pendapatan,makin banyak pulak perbelanjaan :( Belanja dan emosi b...

Emas dan fungsinya

Fungsi emas Bila kita ingin terlibat dengan instrumen pelaburan seperti emas,kita haruslah mengetahui mengenai emas itu sendiri. 1)Emas tidak boleh dicipta . Emas merupakan salah satu unsur bumi yang dicipta oleh Allah s.w.t dan tidak boleh dicipta oleh manusia. Emas hanya boleh didapati dengan digali dari perut bumi. Jadi satu masa nanti emas tetap akan habis digali. 2)Emas sukar untuk dimusnahkan . Takat lebur emas adalah :    1064   °C dan ianya sukar untuk lebur sekiranya terkena api yang mempunyai haba 100°C. Jadi emas sukar untuk dimusnahkan. 3)Emas disebut dalam alQuran . Emas merupakan perhiasan ahli syurga ianya jelas disebut didalam alQuran. 1 – { زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ } ، ( سورة آل عمران : 14 ) . Dihiaskan (dan dijad...