Bila kita ingin terlibat dengan instrumen pelaburan seperti emas,kita haruslah mengetahui mengenai emas itu sendiri.
1)Emas tidak boleh dicipta.
Emas merupakan salah satu unsur bumi yang dicipta oleh Allah s.w.t dan tidak boleh dicipta oleh manusia. Emas hanya boleh didapati dengan digali dari perut bumi. Jadi satu masa nanti emas tetap akan habis digali.
2)Emas sukar untuk dimusnahkan.
Takat lebur emas adalah : 1064 °C dan ianya sukar untuk lebur sekiranya terkena api yang mempunyai haba 100°C. Jadi emas sukar untuk dimusnahkan.
3)Emas disebut dalam alQuran.
Emas merupakan perhiasan ahli syurga ianya jelas disebut didalam alQuran.
1 – { زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ } ، ( سورة آل عمران : 14 ) .
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
4)Emas sebagai perhiasan didunia.
Umum mengetahui emas mempunyai peminatnya yang tersendiri dan emas merupakan barang perhiasan raja-raja melayu,kaum perempuan sejak zaman berzaman. Emas juga sampai sekarang dijadikan perhiasan untuk orang perempuan semasa apa-apa masjlis serta majlis perkahwinan.
5)Emas sebagai matawang.
Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. emas telah digunakan sebagai matawang sebelum wang fiat dicipta dan menggantikan tempat emas sebagai mata wang. Tetapi sampai sekarang dinar dan dirham masih kekal nilainya dan boleh digunakan.
6)Emas sebagai medium simpanan.
Emas boleh dijadikan sebagai simpanan jangka masa panjang menggantikan wang fiat dan emas akan meningkat harganya dalam jangka masa panjang. Emas memiliki ciri-ciri simpanan yang baik seperti kekal nilainya,sukar dimusnahkan dan kalis inflasi.
Comments
Post a Comment