Skip to main content

Simpan dan lupakan.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ingin berkongsi motivasi menyimpan duit dan bagaimana saya melakukannya.

Saya merupakan seorang pekerja makan gaji yang telah bekerja sejak tahun 2011 setelah tamat pengajian. Seperti orang lain perasaan teruja pertama kali memperolehi wang hasil titik peluh sendiri merupakan perkara yang sangat dinantikan :)

Bila seseorang seperti saya yang tidak mempunyai asas menguruskan wang mestilah saya menggunakan wang tersembut mengikut emosi saya sahaja. Saya belanja wang yang saya perolehi dari bekerja tanpa ilmu dan pengetahuan :( :(

Pengalaman tidak tahu pengurusan wang bukan pengalaman yang manis tapi sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu dari pengalaman saya.

Dari pengalaman saya belajar ,dari pembacaan anda boleh menjimatkan masa dari mengulangi kesilapan saya. :) Dengan izin Allah s.w.t.

Saya cuba untuk menambah pendapatan tetapi apa yang berhasil adalah perkara yang sama. Makin banyak pendapatan,makin banyak pulak perbelanjaan :(

Belanja dan emosi berkait rapat. Bila kita mendapat hasil (baca: gaji) semakin banyak perbelanjaan kita. Percaya atau tidak itulah yang berlaku pada saya dan semua umat manusia di muka bumi. :) :)

Bila saya perasan masalah berpunca bukan kerana banyak atau sikit pendapatan tapi bagaimana cara kita menguruskan pendapatan tersebut.

Saya belajar pengurusan kewangan dalam seminar Super Highway Wang  dengan Abang Abu (search :Abang Abu mekanik Wang) dan semoga Allah memberi ganjaran sewajarnya kepada beliau pada disember 2013. Pada masa itulah saya mempraktikan ilmu pengurusan kewangan saya. :)

Saya bermula dengan menyimpan wang (baca:duit) seperti biasa. Saya mula mengasingkan belanja,simpan,sedekah,zakat,pendapatan,Ihsan kepada ibubapa,hiburan secara lebih teliti.

Semua perbelanjaan haruslah diambil kira walaupun kecil sekalipun. Simpan sebahagian dari pendapatan merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan.

Taubat dan insaf dengan semua dosa kewangan yang lalu. Buang semua tabiat membazir dan tidak ambil peduli mengenai pengurusan kewangan. Bertanggungjawab dengan setiap sen yang digunakan.

Dan di lain entry saya akan menceritakan bagaimana saya terlibat dengan simpanan emas yang lebih baik dari simpanan wang untuk masa hadapan.

Semoga bermanfaat buat anda .

Comments