Skip to main content

Positif !

Bagaimana untuk hidup dalam keadaan positif dan sentiasa menjadi positif dalam semua hal.

Assalamualaikum w.b.t.

Saya ingin berkongsi bagaimana saya bersikap positif dengan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan.

Saya mengakui yang saya juga menjalani kehidupan seperti orang lain dimana saya masih bergantung dengan jadual kerja setiap hari dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang dalam kehidupan saya.

Saya bukanlah seorang yang terlalu positif pada asalnya tetapi saya banyak belajar bagaimana untuk fokus kepada apa yang saya inginkan, persekitaran yang bagaimana saya inginkan dan bagaimana saya menjalani kehidupan saya.

Semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita boleh dipilih. Contohnya : pakaian apa yang kita nak pakai, dimana kita nak tinggal dan dengan siapa kita nak lunch hari ni. Eh? Hahaha. Itu contoh, hidup ini adalah berkisarkan tentang pilihan.

Jadi, kehidupan yang positif pun pilihan samada anda percaya atau tidak itulah hakikatnya. :)

Apa yang perlu anda lakukan:

i ) Belajar berlapang dada.
Dalam kehidupan kita ,kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis orang dan bermacam jenis kerenah manusia. Berlapang dadalah sekiranya ada diantara orang yang anda kenal menyakiti hati anda. Saya berpegang kepada , apa yang berlaku hanya dengan izin Allah s.w.t. sekiranya kita disakiti ,dizalimi .ianya tidak mungkin berlaku tanpa izin Allah s.w.t.

ii ) Lepaskan perkara yang pernah berlaku dalam kehidupan kita.
Dalam kehidupan kita,masing-masing mempunyai jalan cerita yang tersendiri. Samada suka atau duka. Menangis dan ketawa adalah proses kehidupan. Sekiranya kita bersedih ditinggalkan kekasih, hilang kawan baik . Percayalah, Allah tetap akan menggantikan kehilangan itu dengan sesuatu yang lebih baik. Tak semua orang yang pernah berada dalam kehidupan kita akan sentiasa ada bersama kita sampai bila-bila. Belajar menjalani kehidupan seadanya. :)

iii) Mempunyai masa untuk diri sendiri. Ada masa dan ketikanya ,apa yang kita perlukan adalah masa berkualiti untuk diri kita sendiri. Ambil masa untuk berehat secukupnya, lakukan perkara yang mengembirakan hati ,belajar perkara-perkara baru dalam hidup akan memberikan kita seolah-olah semangat baru dalam kehidupan.

iv ) Pilih kawan dan bergaul dengan orang yang positif .
Persekitaran kita dan dengan siapa kita bergaul dapat membentuk diri kita. Percaya atau tidak kita boleh memilih persekitaran yang kita suka,sahabat yang baik yang mampu menyokong dalam apa jua yang kita lakukan dan elakkan dari unsur-unsur yang tidak baik.

v) Sentiasa bermuhasabah ,dekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
Biar apa pun yang berlaku,kembalilah kepada fitrah kehidupan. Hidup bertuhan. Bergantung hanya kepada Allah s.w.t ,meminta hanya kepada Dia. Berdoa semoga Allah kurniakan sahabat yang baik,pasangan yang memahami, keturunan  yang soleh solehah. Kita hidup didunia hanya sementara ,yang kekal hanyalah disana.

Sedikit sebanyak yang saya kongsikan ini adalah apa yang saya lakukan , saya juga bukanlah seorang yang cool 24/7 , ada ketika saya juga dilanda musibah dan bila berlaku perkara yang menyedihkan,saya sedaya upaya untuk kembali kepada fitrah.

Semoga sedikit sebanyak penulisan ini dapat menghuraikan kerunsingan anda,memberi anda kekuatan dan membantu anda tabah dalam menempuh ujian.

Comments