Adakah mencatat perbelanjaan bulanan itu penting? Jawapan mungkin ya atau mungkin tidak. Tetapi sebenarnya, kita perlu merancang perbelanjaan bulanan secara terperinci bagi mengelakkan "overspend" berlaku. Manusia membeli bukan menggunakan logik akal tetapi menggunakan emosi lebih-lebih lagi bila terdapat promosi yang ditawarkan. Kita berkemungkinan membuat pembelian yang tidak perlu (baca: mengikut kemahuan) bukan mengikut keperluan sendiri. Setiap bulan sebelum menerima upah (baca:gaji) kita perlu merangka perbelanjaan bagi mengenalpasti segala komitmen bulanan dapat dijelaskan dengan baik. Simpanan juga perlu dikelaskan sebagai salah satu priority (keutamaan) Simpan dulu sebelum belanja perlulah dijadikan sebagai salah satu pegangan. Mungkin kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku, tapi sekiranya kita bersedia untuk segala kemungkinan bukankah itu lebih baik dari menyerah kepada takdir semata-mata. Sekian sedikit perkongsian saya hari n...
Assalamualaikum w.b.t. Simpan Wang? Apa yang terlintas difikiran kita dengan menyimpan sebahagian daripada pendapatan kita untuk kegunaan pada masa hadapan? Simpan wang hasil dari pendapatan merupakan satu aspek yang penting untuk kelangsungan hidup pada masa depan. Pakar kewangan mengesyorkan supaya kita menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan sedia ada dan berapa ramai dikalangan kita mampu melakukannya? Sekiranya gaji atau pendapatan bulanan anda RM4000. 10% dari gaji anda adalah RM400. Dan dimana harus anda menyimpan wang anda ? Terdapat banyak alternatif untuk menyimpan wang anda. Anda boleh menyimpan wang anda di ASB,Tabung Haji dan mana-mana unit amanah yang diiktiraf. Dan pastikan anda konsisten menyimpan! :) Semoga bertemu lagi! Image: Google; saving money